Realiti Pergerakan Rentas Negeri (PKP/PKPB) ke Negeri Sarawak 2021

Assalamualaikum. Bersua lagi kita since post saya yang latest 4 tahun lepas. Harap semua sihat sentiasa 😊. Harini saya nak share tentang pengalaman saya datang ke Sarawak pada musim PKP/PKPB haritu. Ini termasuk proses EnterSarawak dan ExitSarawak sebagai non-Sarawak resident yang telah saya lalui. Saya berniat untuk jadikan post kali ni ringkas dan padat supaya mesej sampai ke para pembaca sekalian. Saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian bagi kemudahan pembaca. Bab 1: Tujuan Seperti yang kita tahu, pergerakan merentas negeri adalah sangat terhad, lebih-lebih lagi yang mahu ke Sarawak atau Sabah. Sebab itu, tujuan pergerakan sangat penting khususnya apabila ditanya nanti oleh pihak polis dan kaunter imigresen di airport. Untuk rujukan, boleh layari SDMC bagi tujuan informasi untuk dokumen-dokumen penting mengikut kategori. Tujuan saya lebih merujuk kepada personal reasons sebab saya datang ke negeri Sarawak adalah untuk tujuan latihan industri ...