SUCH A NICE EDUCAMP UTP 2015 STORY

Assalamualaikum.



Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman menghadiri Educamp di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Seperti yang diketahui umum, UTP merupakan salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia ini. UTP menjadi terkenal kerana berada di bawah naungan Petronas SDN BHD yakni syarikat petroleum kebanggan negara kita, struktur bangunan yang moden dan mempunyai sebilangan pelajar asing daripada latar belakang yang berbeza. UTP sememangnya menjadi idaman setiap pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia dan ‘Information Technology’ (IT).  Saya juga difahamkan bahawa UTP merupakan salah satu universiti yang ditubuhkan oleh syarikat minyak di dunia. Semestinya kewujudan UTP menjadikan ia sebagai salah sebuah universiti kebanggaan negara.

Enough with introduction, I’ll proceed with my story :)

Seperti biasa, semua pelajar lepasan SPM atau setaraf perlu menghantar borang pendaftaran secara online pada laman web UTP itu sendiri. Jika anda ingin mengetahui tarikh keluar permohonan untuk menghadiri Educamp, saya nasihat agar anda pergi ke booth UTP ketika Karnival Jom Ke IPT Peringkat Kebangsaan diadakan. Karnival ini diadakan di seluruh Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau bahawa anda akan terlepas peluang menghadiri karnival ini. Beranikan diri untuk bertanya sebanyak mungkin kepada orang yang bertugas. Insyaallah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menolong anda. Pada pandangan saya, mereka peramah dan baik hati. Jadi, jangan malu bila tiba di sana ya. Walaupun keadaan di karnival itu yang padat dengan pelajar dan ibu bapa, bertenang dan cuba yang terbaik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Malu bertanya, sesat jalan.

Apabila tarikh semakan keputusan kemasukan ke UTP bagi sesi 2015/2016 tiba, saya terus menyemak status permohonan saya. Alhamdulillah. Keputusan permohonan saya diterima. Sebelum diterima masuk sebagai pelajar UTP yang sah, semua calon yang diterima permohonannya perlulah menghadiri Educamp yang bertempat di Sri Iskandar, Perak. Saya tiada masalah dalam mencari universiti tersebut kerana saya familiar dengan kawasan itu. Saya tak lahir di sini mahupun daerah lain di negeri Perak tetapi saya bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Parit, Perak yang terletak hanya 15 KM daripada Sri Iskandar. MRSM Parit terletak di pekan Parit dan ibu bapa especially perlu melalui jalan yang dikelilingi hutan dan kelapa sawit selama 25 minit. Jika pelajar MRSM Parit ingin keluar untuk outing, Sri Iskandar lah merupakan lokasi wajib mereka. Ini kerana Sri Iskandar merupakan satu satunya bandar yang paling hampir dengan pekan Parit. Saya bersyukur sangat kerana dijemput untuk menghadiri temuduga di tempat yang tidak memerlukan saya mencari homestay tergesa-gesa . Saya perlu tidur semalam di Homestay dahulu sebelum bertolak pada keesokan harinya.

Keesokan harinya kami bangun agak lewat tapi sempat tiba sebelum 7.30 di UTP. Hari ini (26 April) merupakan tarikh penting kerana hari ini akan bermulanya Educamp di UTP. Saya berjaya menjejakkan kaki ke UTP seperti yang diidamkan sebelum ini. Walaupun saya sering mengunjungi Sri Iskandar apabila outing pada tahun lepas, saya tidak pernah berpeluang untuk memasuki UTP. Saya hanya mampu melihat dari luar dan gambar suasana pembelajarannya di Google Images sahaja. Saya bersyukur kerana Allah memberi saya peluang ini.

Parking pelawat yang berdekatan dengan Dewan Chancellor agak terhad. Oleh itu, para ibu bapa dinasihati untuk tiba lebih awal sebelum waktu Educamp bermula. After all, kami dapat tempat letak kereta yang terletak tak jauh dari dewan walaupun kami tiba 10 minit sebelum 7.30 pagi. Alhamdulillah. Antara dokumen yang perlu dibawa untuk Educamp hanya salinan keputusan SPM (yang disahkan), resit bukti pembayaran Educamp(RM30), IC, Pen dan Kalkulator Saintifik . Salinan keputusan SPM yang disahkan akan diambil di kaunter pendaftaran sebagai bahan rujukan dan semakan calon. Calon tidak perlu risau untuk berbaris panjang kerana 5 kaunter telah disediakan bagi memudahkan sesi pendaftaran calon-calon.  Saya pun hairan kerana bilangan calon yang mendaftar pada waktu itu merupakan jumlah bilangan yang sedikit. Hanya para calon sahaja yang dibenarkan masuk untuk mendaftar. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk turut serta mendaftar. Pintu untuk pendaftaran calon berbeza dengan pintu untuk para ibu bapa. Pintu untuk pendaftaran calon menghala ke tangga yang membawa calon-calon duduk di bahagian atas dewan. 2 orang yang bertugas di pintu memberi saya tag H23. So, I guess that my group are H though. Tak sangka. Ingatkan tak ramai datang lagi. Rupa-rupanya saya yang lambat. Hahaha

Ini merupakan jadual yang telah diberikan:



Selesai mendaftar, saya terus menaiki tangga yang menuju ke bahagian atas. Bila tiba di tingkat atas tersebut, saya terkejut, tergamam dan terkedu. Raamaaaaiiiinya calon yang dah sampai. I have no idea at what time does group A candidates arrived. 1 hour early? Maybe. Ibu bapa duduk di bahagian bawah dewan sambil calon duduk di atas. Dewan Chancellor ini sangat besar, lawa dan moden. Saya terpukau. Alangkah bagusnya kalau jadi penuntut di sini. Dah lah ada WIFI free. Untungnya mereka. As usual, setiap majlis akan ada ucapan pendahuluan. Ucapannya tidak lah membosankan seperti yang dikatakan sesetengah pihak. Cuma entah kenapa saya menguap tak habis-habis sepanjang ucapannya. Saya seakan sudah lali dengan presentation UTP kerana maktab kami sering didatangi oleh penuntut UTP yang terdiri daripada pelajar yang memperolehi 9 dan 8 A dalam SPM mereka. Jadi, saya hanya mendengar dan bersedia jika temuduga selepas ini menguji pengetahuan am tentang UTP. Saya tidak bertegur pun dengan calon di sebelah kerana malas. I try to act cool as longer as I can since I forgotten that my scientific calculator were left with my father after 10 minutes arrived at the second floor. Saya terus call ayah saya bagi memaklumkan perkara berkenaan. Saya memberitahunya untuk memberikan kalkulator tersebut ketika saya keluar untuk ke sesi temuduga di bangunan makmal komputer di sebelah dewan. Nasib saya baik kerana bapa saya sempat menghulurkan kalkulator tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya.

Selesai dengan ucapan tersebut, kami menuju terus ke makmal untuk menjalani 3 ujian. Kami menuju terus ke makmal komputer di tingkat 2 blok makmal komputer yang kedua. Bilik makmal komputer itu canggih dan dilengkapi dengan komputer yang terbaru. 3 ujian yang kami bakal jalani ialah CPSQ(Cambridge Personal Style Questionnaire), TSA (Thinking Skills Assessment) dan VCA (Verbal Communication Assessment). Calon akan dapat panduan tentang 3 ujian ini pada laman web semakan jika anda berjaya menjadi calon Educamp:



 3 ujian tersebut perlulah dijalani bagi semua calon. CPSQ is an assessment of your behavioural styles while TSA is a test of critical thinking and problem solving skills. Ini contoh soalan CPSQ :



Soalan CPSQ sangat mudah kerana ia tidak menguji minda. Ia hanya bertanya mengenai sikap anda. Itu sahaja.

Bagi soalan TSA pula, ia sangat sangat menguji minda. Calon perlu berhati-hati ketika menjawab kerana masa yang diperuntukkan agak lama (lah jugak). Kalkulator saintifik dibenarkan tetapi sebaliknya untuk kamus. Calon boleh mintak kertas A4 kepada penuntut UTP yang bertugas. Pen sangat berguna pada waktu ini kerana anda perlu mengisi borang dan menulis jalan kira untuk soalan TSA. Bertenang ketika menjawab tetapi jangan sampai terleka sehingga ada soalan yang tertinggal. 50 soalan diberikan kepada anda pada bahagian TSA dan anda digalakkan untuk membahagi masa sebaik mungkin. So, do your best in this part. Jangan bler.

Selepas selesai sesi CPSQ dan TSA dalam makmal komputer, kini bermulalah sesi VCA. VCA memerlukan keberanian dan kepetahan calon dalam menutur bahasa Inggeris. Ketika sesi TSA berakhir, seorang pensyarah masuk ke dalam makmal kami dan memberikan tajuk bagi VCA. Tajuk yang diberikan ialah “One advantage and One disadvantage of GST”. Bila dengar je tajuk tu, aku rasa takut untuk berucap. Aku sangat jahil tentang GST kerana bagiku itu hanyalah mainan orang politik. And I don’t care about them. Tapi, aku ada sedikit pengetahuan tentang GST sejak pertandingan debat diadakan di maktab pada tahun lepas. Ia sedikit sebanyak membantuku dalam VCA ini. Aku bersyukur kerana tugasan itu hanya memerlukan kami menyebut satu sahaja kebaikan dan keburukan.  Alhamdulillah. Calon perlu berucap mengenai tugasan tersebut kepada pensyarah yang bertugas di meja hadapan. Memang janggal untuk pergi ke hadapan dan berucap kepadanya. Namun, tawaran pulang awal diberikan kepada mereka yang menghabiskan kesemua tugasan terlebih dahulu berbanding calon yang lain. Tawaran tersebut membuatkan ramai calon berebut untuk menghabiskan VCA itu secepat mungkin sehinggakan kami terpaksa beratur untuk menjalani VCA. Gementar? Of course, weyh. Melihat calon yang lain petah dalam bertutur membuatkan aku berasa kerdil dan hina. Haha. Walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab aku melepasi VCA dengan jayanya dan dapat pulang awal.


Sebaik sahaja turun daripada makmal, aku pergi ke hadapan dewan untuk mendapatkan kedua ibu dan ayahku. Malangnya mereka tiada. Humph. Aku terpaksa menunggu selama 20 minit sebab ibu dan ayahku pergi mengambil adikku yang bersekolah di MRSM Parit untuk outing. Sementara menunggu ketibaan mereka, aku sempat menangkap beberapa gambar dari hadapan dewan sebagai kenangan temuduga yang terindah yang pernah terjadi dalam hidupku ini. Sekadar ini sahaja pengalamanku sebagai calon Educamp Universiti Teknologi Petronas bagi sesi 2015/2016.




Comments

  1. Hi can I know what does TSA question ask about? Is it difficult and do we need to study back all the form 5 syllabus to refresh our mind?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u can look up at google.. there's one, its good rather challenging

      Delete
  2. Memang educamp kna interview dan jalankn test jgak kaa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Dalam Menentukan Pilihan Tawaran Belajar Selepas SPM

Hobi Penentu Kejayaan