SUCH A NICE EDUCAMP UTP 2015 STORY
Assalamualaikum.
Pada kesempatan
ini, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman menghadiri Educamp di Universiti
Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Seperti yang
diketahui umum, UTP merupakan salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia
ini. UTP menjadi terkenal kerana berada di bawah naungan Petronas SDN BHD yakni
syarikat petroleum kebanggan negara kita, struktur bangunan yang moden dan
mempunyai sebilangan pelajar asing daripada latar belakang yang berbeza. UTP
sememangnya menjadi idaman setiap pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan
pelajaran dalam bidang kimia dan ‘Information Technology’ (IT). Saya juga difahamkan bahawa UTP merupakan
salah satu universiti yang ditubuhkan oleh syarikat minyak di dunia. Semestinya
kewujudan UTP menjadikan ia sebagai salah sebuah universiti kebanggaan negara.
Enough with
introduction, I’ll proceed with my story :)
Seperti biasa,
semua pelajar lepasan SPM atau setaraf perlu menghantar borang pendaftaran
secara online pada laman web UTP itu sendiri. Jika anda ingin mengetahui tarikh
keluar permohonan untuk menghadiri Educamp, saya nasihat agar anda pergi ke
booth UTP ketika Karnival Jom Ke IPT Peringkat Kebangsaan diadakan. Karnival
ini diadakan di seluruh Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau bahawa anda
akan terlepas peluang menghadiri karnival ini. Beranikan diri untuk bertanya
sebanyak mungkin kepada orang yang bertugas. Insyaallah mereka akan berusaha
sedaya upaya untuk menolong anda. Pada pandangan saya, mereka peramah dan baik
hati. Jadi, jangan malu bila tiba di sana ya. Walaupun keadaan di karnival itu
yang padat dengan pelajar dan ibu bapa, bertenang dan cuba yang terbaik untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Malu bertanya, sesat jalan.
Apabila tarikh
semakan keputusan kemasukan ke UTP bagi sesi 2015/2016 tiba, saya terus
menyemak status permohonan saya. Alhamdulillah. Keputusan permohonan saya
diterima. Sebelum diterima masuk sebagai pelajar UTP yang sah, semua calon yang
diterima permohonannya perlulah menghadiri Educamp yang bertempat di Sri
Iskandar, Perak. Saya tiada masalah dalam mencari universiti tersebut kerana
saya familiar dengan kawasan
itu. Saya tak lahir di sini mahupun daerah lain di negeri Perak tetapi
saya bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Parit, Perak yang terletak hanya 15
KM daripada Sri Iskandar. MRSM Parit terletak di pekan Parit dan ibu bapa especially
perlu melalui jalan yang dikelilingi hutan dan kelapa sawit selama 25 minit.
Jika pelajar MRSM Parit ingin keluar untuk outing,
Sri Iskandar lah merupakan lokasi wajib mereka. Ini kerana Sri Iskandar
merupakan satu satunya bandar yang paling hampir dengan pekan Parit. Saya
bersyukur sangat kerana dijemput untuk menghadiri temuduga di tempat yang tidak
memerlukan saya mencari homestay tergesa-gesa . Saya perlu tidur
semalam di Homestay dahulu sebelum bertolak pada keesokan harinya.
Keesokan harinya
kami bangun agak lewat tapi sempat tiba sebelum 7.30 di UTP. Hari ini (26
April) merupakan tarikh penting kerana hari ini akan bermulanya Educamp di UTP.
Saya berjaya menjejakkan kaki ke UTP seperti yang diidamkan sebelum ini. Walaupun
saya sering mengunjungi Sri Iskandar apabila outing pada tahun lepas, saya tidak pernah berpeluang
untuk memasuki UTP. Saya hanya mampu melihat dari luar dan gambar suasana
pembelajarannya di Google Images sahaja. Saya bersyukur kerana Allah memberi
saya peluang ini.
Parking pelawat
yang berdekatan dengan Dewan Chancellor agak terhad. Oleh itu, para ibu bapa
dinasihati untuk tiba lebih awal sebelum waktu Educamp bermula.
After all, kami dapat tempat letak kereta yang terletak tak jauh dari dewan walaupun kami tiba 10 minit sebelum 7.30 pagi. Alhamdulillah. Antara dokumen
yang perlu dibawa untuk Educamp hanya salinan keputusan SPM (yang disahkan),
resit bukti pembayaran Educamp(RM30), IC, Pen dan Kalkulator Saintifik . Salinan
keputusan SPM yang disahkan akan diambil di kaunter pendaftaran sebagai bahan rujukan
dan semakan calon. Calon tidak perlu risau untuk berbaris panjang kerana 5
kaunter telah disediakan bagi memudahkan sesi pendaftaran calon-calon. Saya pun hairan kerana bilangan calon yang
mendaftar pada waktu itu merupakan jumlah bilangan yang sedikit. Hanya para
calon sahaja yang dibenarkan masuk untuk mendaftar. Ibu bapa dilarang sama
sekali untuk turut serta mendaftar. Pintu untuk pendaftaran calon berbeza dengan pintu untuk para ibu bapa.
Pintu untuk pendaftaran calon menghala ke tangga yang membawa calon-calon duduk
di bahagian atas dewan. 2 orang yang bertugas di pintu memberi saya tag H23.
So, I guess that my group are H though. Tak sangka. Ingatkan tak ramai datang
lagi. Rupa-rupanya saya yang lambat. Hahaha
Ini merupakan jadual yang telah diberikan:
Selesai mendaftar,
saya terus menaiki tangga yang menuju ke bahagian atas. Bila tiba di tingkat
atas tersebut, saya terkejut, tergamam dan terkedu. Raamaaaaiiiinya calon yang
dah sampai. I have no idea at what time does group A candidates arrived. 1 hour
early? Maybe. Ibu bapa duduk di bahagian bawah dewan sambil calon duduk di
atas. Dewan Chancellor ini sangat besar, lawa dan moden. Saya terpukau.
Alangkah bagusnya kalau jadi penuntut di sini. Dah lah ada WIFI free. Untungnya
mereka. As usual, setiap majlis akan ada ucapan pendahuluan. Ucapannya tidak
lah membosankan seperti yang dikatakan sesetengah pihak. Cuma entah kenapa saya
menguap tak habis-habis sepanjang ucapannya. Saya seakan sudah lali
dengan presentation UTP kerana maktab
kami sering didatangi oleh penuntut UTP yang terdiri daripada pelajar yang memperolehi
9 dan 8 A dalam SPM mereka. Jadi, saya hanya mendengar dan bersedia jika
temuduga selepas ini menguji pengetahuan am tentang UTP. Saya tidak bertegur
pun dengan calon di sebelah kerana malas. I try to act cool as longer as I can
since I forgotten that my scientific calculator were left with my father after
10 minutes arrived at the second floor. Saya terus call ayah saya bagi memaklumkan
perkara berkenaan. Saya memberitahunya untuk memberikan kalkulator tersebut
ketika saya keluar untuk ke sesi temuduga di bangunan makmal komputer di
sebelah dewan. Nasib saya baik kerana bapa saya sempat menghulurkan kalkulator
tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya.
Selesai dengan
ucapan tersebut, kami menuju terus ke makmal untuk menjalani 3 ujian. Kami
menuju terus ke makmal komputer di tingkat 2 blok makmal komputer yang kedua.
Bilik makmal komputer itu canggih dan dilengkapi dengan komputer yang
terbaru. 3 ujian yang kami bakal jalani ialah CPSQ(Cambridge Personal Style
Questionnaire), TSA (Thinking Skills Assessment) dan VCA (Verbal Communication
Assessment). Calon akan dapat panduan tentang 3 ujian ini pada laman web semakan jika anda berjaya menjadi calon Educamp:
3 ujian tersebut perlulah dijalani bagi semua calon. CPSQ is an
assessment of your behavioural styles while TSA is a test of critical thinking
and problem solving skills. Ini contoh soalan CPSQ :
Soalan CPSQ sangat
mudah kerana ia tidak menguji minda. Ia hanya bertanya mengenai sikap anda.
Itu sahaja.
Bagi soalan TSA
pula, ia sangat sangat menguji minda. Calon perlu berhati-hati ketika menjawab kerana
masa yang diperuntukkan agak lama (lah jugak). Kalkulator saintifik dibenarkan tetapi
sebaliknya untuk kamus. Calon boleh mintak kertas A4 kepada penuntut UTP yang
bertugas. Pen sangat berguna pada waktu ini kerana anda perlu mengisi
borang dan menulis jalan kira untuk soalan TSA. Bertenang ketika menjawab
tetapi jangan sampai terleka sehingga ada soalan yang tertinggal. 50
soalan diberikan kepada anda pada bahagian TSA dan anda digalakkan untuk
membahagi masa sebaik mungkin. So, do your best in this part. Jangan bler.
Selepas selesai
sesi CPSQ dan TSA dalam makmal komputer, kini bermulalah sesi VCA. VCA
memerlukan keberanian dan kepetahan calon dalam menutur bahasa Inggeris. Ketika
sesi TSA berakhir, seorang pensyarah masuk ke dalam makmal kami dan memberikan
tajuk bagi VCA. Tajuk yang diberikan ialah “One advantage and One
disadvantage of GST”. Bila dengar je tajuk tu, aku rasa takut untuk
berucap. Aku sangat jahil tentang GST kerana bagiku itu hanyalah mainan
orang politik. And I don’t care about them. Tapi, aku ada sedikit pengetahuan
tentang GST sejak pertandingan debat diadakan di maktab pada tahun lepas. Ia
sedikit sebanyak membantuku dalam VCA ini. Aku bersyukur kerana tugasan itu
hanya memerlukan kami menyebut satu sahaja kebaikan dan keburukan. Alhamdulillah. Calon perlu
berucap mengenai tugasan tersebut kepada pensyarah yang bertugas di meja
hadapan. Memang janggal untuk pergi ke hadapan dan berucap kepadanya. Namun,
tawaran pulang awal diberikan kepada mereka yang menghabiskan kesemua tugasan
terlebih dahulu berbanding calon yang lain. Tawaran tersebut membuatkan ramai
calon berebut untuk menghabiskan VCA itu secepat mungkin sehinggakan kami
terpaksa beratur untuk menjalani VCA. Gementar? Of course, weyh. Melihat calon
yang lain petah dalam bertutur membuatkan aku berasa kerdil dan hina. Haha.
Walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab aku melepasi VCA dengan jayanya dan
dapat pulang awal.
Sebaik sahaja turun
daripada makmal, aku pergi ke hadapan dewan untuk mendapatkan kedua ibu dan ayahku.
Malangnya mereka tiada. Humph. Aku terpaksa menunggu selama 20 minit sebab ibu dan
ayahku pergi mengambil adikku yang bersekolah di MRSM Parit untuk outing.
Sementara menunggu ketibaan mereka, aku sempat menangkap beberapa gambar dari
hadapan dewan sebagai kenangan temuduga yang terindah yang pernah terjadi dalam
hidupku ini. Sekadar ini sahaja pengalamanku sebagai calon Educamp Universiti
Teknologi Petronas bagi sesi 2015/2016.
Hi can I know what does TSA question ask about? Is it difficult and do we need to study back all the form 5 syllabus to refresh our mind?
ReplyDeleteu can look up at google.. there's one, its good rather challenging
DeleteMemang educamp kna interview dan jalankn test jgak kaa?
ReplyDelete