Dilema Dalam Menentukan Pilihan Tawaran Belajar Selepas SPM




Alhamdulillah kita semua masih diberi nafas untuk kekal berpijak di muka bumi Allah ini. Terima kasih Allah. Terima kasih untuk segalanya. Kami cukup bersyukur atas segala nikmatMu yang tidak terhingga. Kami bersyuuuuukuurrr sangat Ya Allah. Terima kasih sekali lagi Allah J

Kawan-kawan…





Ingat lagi tak kehidupan kita ketika sekolah rendah? Nostalgia tu. Kemudian, guru kelas kita tanya sorang-sorang. “Apa cita-cita kamu?”, soalan ditanya kepada setiap pelajar yang ada dalam kelas itu. Naluri seorang budak , mesti tak nak kalah dengan kawan lain. Ada yang nak jadi akauntan. Ada pula yang berminat dengan bidang angkasa. Ada juga sorang tu yang nak memenuhi impian orang lain. Tak kurang juga yang mati akal apabila guru kelas bertanya. Daripada situ, kita dah decide apa yang kita nak jadi bila besar nanti. Impian kita bukan main tinggi menggunung. Kita dah berkobar-kobar dah. Bila cikgu tanya aku, aku terdiam seketika. Aku rasa aku masih terlalu kecil ketika itu untuk menentukan masa depan aku. So, aku pun jawab “engineer”. Aku tak nak cakap tak tahu tapi aku ingin dilihat sebagai orang yang mempunyai masa depan. Actually, ada lah jugak perasaan bangga dan tidak mahu kalah dengan kawan-kawan. Norma kehidupan kanak-kanak kan.

Bila kita masuk sekolah menengah, kita dah mula diperkenalkan dengan subjek sejarah dan geografi. Sedikit sebanyak, kita dah mula mempunyai minat terhadap sesuatu subjek. Kita cuba menguasai subjek tersebut. Kemudian, datanglah idea kerjaya pada masa hadapan berdasarkan subjek yang kita hebat tu. Aku sangat gemar subjek sejarah pada waktu itu. As a proof, aku sering mendapat markah A setiap kali ujian sejarah diadakan. Ketika aku berumur lima belas tahun (tingkatan 3), aku sedar yang aku ada kelebihan dalam menguasai subjek sejarah. So, aku decide untuk menjadi archeologist (ahli arkeologi). Kerja archeologist sangat sukar kerana mereka bertanggungjawab untuk menentukan usia sesuatu mayat atau artifak melalui pentarikhan radiokarbon. Senang cerita, diorang ni orang yang selalu pergi cari gali. Bagi aku, dengan petanda aku mampu menguasai sejarah, kerja sebegini adalah kerja yang bersesuaian dengan aku. So, aku dah decide nak jadi archeologist bila dah besar nanti. Apabila masuk form 4, aku berubah minat walaupun aku masih menguasai subjek sejarah. Sejak aku berpindah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 (SMKS19) ke Maktab Rendah Sains Mara Parit, Perak (MRSM PARIT), aku mendapati bahawa aku okay la jugak dalam subjek chemistry. Agaknya la -.- In the end, aku pun pilih untuk menjadi chemical engineering. Memandangkan pasaran kerja yang luas, serta gaji yang lumayan, aku merasakan pilihan aku ini tepat. Itu cita-cita muktamad aku. Aku yakin.

Alhamdulillah, keputusan SPM aku agak bagus dan tidak menghampakan. Kalau kita dapat result teruk ke bagus ke, nasihat aku jangan lupa Allah. Sentiasa terima kasih kepadaNya. Ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak pun ada cakap, kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat. Sedekah jangan lupa. Aku ada kenal ramai kawan yang result mereka tidak seperti yang diharapkan namun mereka berjaya masuk IPTA. Untuk makluman, jumlah permohonan ke IPTA ada 200,000 lebih tapi yang layak hanya 46,698 je. Jangan putus harapan okay. Allah kan ada J

Okay okay, enough with the advices. Now I’ll proceed.

Alhamdulillah. Setelah puas memohon semua tempat dan menyemak setiap permohonan kemasukan ke universiti dan scholarship, aku mempunyai 3 tawaran belajar dan tiada permohonan scholarship aku yang berjaya. 3 tawaran tersebut ialah:

      1)   Matrikulasi
·        1 tahun
·        Jurusan Sains
·        Melaka





      2)   Universti Teknologi Mara (UITM)
·        3 tahun
·        Diploma
·        Jurusan kejuruteraan kimia (Chemical Engineering)
·        Pasir Gudang, Johor



      3)   Universiti Teknologi Petronas (UTP)
·        1 tahun
·        Asasi Kejuruteraan
·        Sambung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan kimia(Chemical Engineering)
·        4 tahun
·        Sri Iskandar, Perak





All members of my family are very proud of me. Aku tak sangka yang aku akan dapat tawaran sehebat ini. Bagi aku, aku cukup bersyukur atas rezeki yang Allah bagi kat aku ini. Aku dapat UTP pun sebab aku pergi Educamp UTP (26/04/2015). Kalau korang berminat nak tahu apa itu Educamp dan pengalaman aku di UTP, korang boleh scroll down blog ni. Aku dah cerita detail dah tentang Educamp UTP sebelum ini.

So, korang rasa aku pilih yang mana?


Jeng,jeng,jeng..



In the end, aku pilih UITM. Kenapa ? Pelik? Now I’ll tell you why.


                                                      MATRIKULASI 




Kalau aku pilih Matrikulasi Melaka, aku akan jimat setahun berbanding pelajar Diploma. Memang bagus untuk student yang nak cepat habis study and terus kerja kahwin semua bagai. Ada 4 orang kawan sebilik time aku form 5 dapat Matrikulasi Melaka jugak. Memang untung dapat masuk matrikulasi. Dapat elaun lagi. AKAN TETAPI, aku bimbang peluang untuk masuk jurusan yang aku minat pada peringkat Ijazah nanti. Subjek matrikulasi tidak semudah yang disangka. Korang pulak akan jadi sama seperti pelajar asrama. Sama sahaja. Jadual belajar pun hampir sama, cuma bilangan pelajaran korang lebih sedikit dan berkali ganda lagi susah berbanding pelajar SPM. Cuba korang berfikir sejenak. Kalau korang berminat untuk masuk chemical engineering tapi skor CGPA kau 3.5. Korang kena compete lagi dengan budak Asasi IPTA dan IPTS lagi  yang memang hampir confirm tempat kursus kat universiti bila diorang sambung ijazah nanti. Lagipun, budak asasi terkenal dengan kepandaian diorang. Sebab tu diorang dapat asasi. That’s why a lot of student from Matriculation gets ‘weird’ degree. Kadang-kadang tu ada sesetengah student lepasan matrikulasi dapat jurusan yang mereka langsung tak minat. So, siapa yang ambik matrikulasi tu goodluck ye. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.



                            UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)





Seterusnya, kenapa bukan UTP? 

Semua menggesa aku untuk masuk UTP. Cakap utp bagus la, boleh menjamin pekerjaan la, student lebih praktikal la etc. Bila tanya mana universiti yang sesuai, semua cakap UTP. Aku akui yang UTP memang merupakan worldwide well known university tapi aku ada sebab aku sendiri kenapa aku tolak tawaran tersebut. Aku tak menyesal berusaha untuk melepasi temuduga UTP. Aku berasa gembira sangat sebab aku dapat tawaran kemasukan UTP tersebut. Malahan, aku rasa usaha aku berbaloi. At least, aku ada usaha. Bila aku semak keputusan UTP, aku dapat tahu yang aku perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak 2.9k menerusi bank. Sebab utama kenapa aku membatalkan niatku untuk menyambung pengajian tersebut adalah kerana tempoh masa yang diberikan untuk membayar yuran tersebut adalah terlalu singkat. Aku hanya diberi masa selama tiga hari untuk melunaskan wang tersebut. Sejak dahulu lagi aku sangat teringinkan untuk belajar di UTP dan bekerja untuk syarikat Petronas. Namun apabila melihat jumlah kos yuran pengajian daripada foundation ke Ijazah yang hampir mencecah 100,000 , aku terdiam seketika. Terpikir pula bagaimana nasib kedua ibu bapaku. Gaji mereka tidak sebanyak orang lain. Itupun, jumlah tersebut tidak termasuk yuran buku, aktiviti kokurikulum, makan dan lain-lain. Oleh kerana itulah, aku menolak tawaran tersebut. Aku sama sekali tidak menyalahkan kedua ibu bapaku. Mungkin mereka tak mampu. Aku paham. Sebab itu, aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh di UITM dan dapat kerja yang bagus sekaligus mampu menampung hari tua mereka. Itu impian aku.



                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)




Kenapa UITM?

Aku pilih UITM walaupun tempoh pengajian (diploma) aku agak lama di sana. Mungkin korang rasa benda ini macam bosan lama-lama. Tapi kalau ini jalan yang paling sesuai dan dapat mengurangkan beban ibu bapa aku, aku yakin untuk memilih jalan ini. UITM bukan lah universiti yang lemah dan tidak berkebolehan. Tanggapan negatif ini sama sekali tidak benar. UITM hanya memperuntukkan kos yang rendah kepada bangsa Melayu walaupun jurusannya setanding universiti yang lain. Itu sahaja. Aku rasa bersyukur sangat dapat belajar diploma di UITM Pasir Gudang, Johor. Walaupun universiti tersebut agak jauh daripada rumah aku, aku anggap ia adalah sebagai langkah awal untuk aku berdikari sebelum impian aku untuk melakukan degree atau master di universiti  luar negara. Dah la UITM Pasir Gudang baru dibuka tahun lepas (2014) and semua benda baru sangat. Aku pun ada senior yang baik-baik tengah belajar kat sana. So, sebab-sebab ni la aku rasa UITM pilihan aku.

Harapan aku agar aku dapat skor dalam jurusan ini dengan baik. Insyaallah. Doakan aku ye!

Inilah sedikit sebanyak pengalaman aku dalam menentukan laluan belajar yang seterusnya.


Insyaallah nanti aku update tentang Universiti tersebut. Aku berharap entry kali ini mampu membuka minda para pembaca sekalian. Sekian terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. 

Bukan universiti yang menentukan dan menjamin kerjaya pada masa hadapan seseorang itu melainkan Allah yang menetapkannya.

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum.

Comments

  1. untung awk tolak offer utp..sy plak yg terkontang kanting cri scholarship skrg ni.. smoga urusan awk d permudahkan Allah..

    ReplyDelete
  2. Masya Allah saya pun ada perasaan sama, saya dapat UTP foundation, tp bila tnya harga kwn ckp 17k, 6k per sem. So saya tak kisah pasal saya, tapi saya fikir mak dan ayah saya nanti macam mana lah mereka nk bayar duit tu, kerje gaji pun bkn sampai 5k, bayangkan lah mcm mana lah nk bayar, scholarship pun tak terjamin

    ReplyDelete
  3. Saya apply petronas scholarship dan saya menunghu keputusan petronas sama ada dapat ke tak sebab saya dah p intrviu baru2 ni...kptusan akn diumumkan hjg mei ni..tapi saya dah dapt utp intake july..saya keliru nak msuk matriks dulu ke nk tggu je petronas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua keputusan adalah bergantung kepada setiap individu . Tidak menjadi kesalahan jika masuk matriks dahulu sebelum apply jadi student petronas. Doa banyak kepada Tuhan agar mudah diberi petunjuk :)

      Delete
  4. Utp student here,well first of all,utp mmg absolute the best interm of education system,practicality,bhan belajar,culture,student mentality and etc...kalau kau masuk and mmg btul2 nk belaja and improve diri and bukan nk buat lemak kt situ,then pilih utp..if korg rase ade tendency nk enjoy banyak tnpa rase brsalah..then pilih uni lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh , awak rasa ada peluang tak bagi saya melanjutkan pelajaran kat utp sekiranya gaji ibu bapa pun bawah 2k.. Kalau boleh saya nak email awak bagi meminta pendapat. #Hailanonymous

      Delete
    2. Do you able to obtain a scholarship or self sponsored ?

      Delete
  5. Sy ex utp dn sy rs utp sgt membebankn dr segi yuran.Klo tak dpt full sponsorship better lg universiti awam.Bg sy university awam pun tak kurang hebatnye.Yg penting kita berusaha bersungguh2.

    ReplyDelete
  6. Saya pilih Uitm dalam kos pure mechanical.. Okay tak?? sebb confuse nak pilih UTM or Uitm.. Tapi first choice untuk upu letak Uitm.. Tapi tiba2 rasa nak masuk UTM pulak.. Ingat nak buat rayuan but still confuse.. Help me

    ReplyDelete
  7. Saya dulu, buat Diploma ITM, kursus perbankan. Lepas graduate, saya kerja 2 tahun dan sambung Ijazah. Saya memilih buat Diploma. Sebab, kalau Ijazah tu separuh jalan jer (gagal tamat), saya ada diploma. Saya tak pilih matriks atau pra diploma sebab kalau tak lepas kurang bernilai sijil pra diploma atau sijil matriks. Asalnya saya nak buat SPTM jer, aliran sains tulin, duduk sekolah berasrama. Sebab murah. Silap saya sebab jadi ketua tingkatan masa di tingkatan enam rendah. Saya terpaksa keluar tingkatan 6 bawah tu sebab stress tanggung jawab ketua tingkatan 6. Masa tu, saya tak bersedia asyik kena kacau.

    ReplyDelete
  8. Thank You and I have a dandy provide: Where To Learn Home Renovation best home renovation companies near me

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SUCH A NICE EDUCAMP UTP 2015 STORY

Hobi Penentu Kejayaan