Dilema Dalam Menentukan Pilihan Tawaran Belajar Selepas SPM
Alhamdulillah kita
semua masih diberi nafas untuk kekal berpijak di muka bumi Allah ini. Terima
kasih Allah. Terima kasih untuk segalanya. Kami cukup bersyukur atas segala
nikmatMu yang tidak terhingga. Kami bersyuuuuukuurrr sangat Ya Allah. Terima
kasih sekali lagi Allah J
Kawan-kawan…
Ingat lagi tak kehidupan kita ketika sekolah rendah? Nostalgia tu. Kemudian, guru kelas kita tanya
sorang-sorang. “Apa cita-cita kamu?”, soalan ditanya kepada setiap pelajar yang
ada dalam kelas itu. Naluri seorang budak , mesti tak nak kalah dengan kawan
lain. Ada yang nak jadi akauntan. Ada pula yang berminat dengan bidang angkasa.
Ada juga sorang tu yang nak memenuhi impian orang lain. Tak kurang juga yang
mati akal apabila guru kelas bertanya. Daripada situ, kita dah decide apa yang
kita nak jadi bila besar nanti. Impian kita bukan main tinggi menggunung. Kita
dah berkobar-kobar dah. Bila cikgu tanya aku, aku terdiam seketika. Aku rasa
aku masih terlalu kecil ketika itu untuk menentukan masa depan aku. So, aku pun
jawab “engineer”. Aku tak nak cakap tak tahu tapi aku ingin dilihat sebagai
orang yang mempunyai masa depan. Actually, ada lah jugak perasaan bangga dan
tidak mahu kalah dengan kawan-kawan. Norma kehidupan kanak-kanak kan.
Bila kita masuk sekolah
menengah, kita dah mula diperkenalkan dengan subjek sejarah dan geografi.
Sedikit sebanyak, kita dah mula mempunyai minat terhadap sesuatu subjek. Kita
cuba menguasai subjek tersebut. Kemudian, datanglah idea kerjaya pada masa
hadapan berdasarkan subjek yang kita hebat tu. Aku sangat gemar subjek sejarah
pada waktu itu. As a proof, aku sering mendapat markah A setiap kali ujian
sejarah diadakan. Ketika aku berumur lima belas tahun (tingkatan 3), aku sedar
yang aku ada kelebihan dalam menguasai subjek sejarah. So, aku decide untuk
menjadi archeologist (ahli arkeologi). Kerja archeologist sangat sukar kerana
mereka bertanggungjawab untuk menentukan usia sesuatu mayat atau artifak
melalui pentarikhan radiokarbon. Senang cerita, diorang ni orang yang selalu
pergi cari gali. Bagi aku, dengan petanda aku mampu menguasai sejarah, kerja
sebegini adalah kerja yang bersesuaian dengan aku. So, aku dah decide nak jadi
archeologist bila dah besar nanti. Apabila masuk form 4, aku berubah minat
walaupun aku masih menguasai subjek sejarah. Sejak aku berpindah daripada
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 (SMKS19) ke Maktab Rendah Sains Mara
Parit, Perak (MRSM PARIT), aku mendapati bahawa aku okay la jugak dalam subjek
chemistry. Agaknya la -.- In the end, aku pun pilih untuk menjadi chemical
engineering. Memandangkan pasaran kerja yang luas, serta gaji yang lumayan, aku
merasakan pilihan aku ini tepat. Itu cita-cita muktamad aku. Aku yakin.
Alhamdulillah,
keputusan SPM aku agak bagus dan tidak menghampakan. Kalau kita dapat result
teruk ke bagus ke, nasihat aku jangan lupa Allah. Sentiasa terima kasih
kepadaNya. Ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak pun ada cakap, kalau kita bersyukur,
Allah akan tambah nikmat. Sedekah jangan lupa. Aku ada kenal ramai kawan yang
result mereka tidak seperti yang diharapkan namun mereka berjaya masuk IPTA.
Untuk makluman, jumlah permohonan ke IPTA ada 200,000 lebih tapi yang layak
hanya 46,698 je. Jangan putus harapan okay. Allah kan ada J
Okay okay, enough with
the advices. Now I’ll proceed.
Alhamdulillah.
Setelah puas memohon semua tempat dan menyemak setiap permohonan kemasukan ke
universiti dan scholarship, aku mempunyai 3 tawaran belajar dan tiada permohonan
scholarship aku yang berjaya. 3 tawaran tersebut ialah:
1) Matrikulasi
·
1 tahun
·
Jurusan
Sains
·
Melaka
2) Universti Teknologi Mara (UITM)
·
3 tahun
·
Diploma
·
Jurusan
kejuruteraan kimia (Chemical Engineering)
·
Pasir Gudang, Johor
3) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
·
1 tahun
·
Asasi
Kejuruteraan
·
Sambung Ijazah
Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan kimia(Chemical Engineering)
·
4 tahun
·
Sri
Iskandar, Perak
All members of my
family are very proud of me. Aku tak sangka yang aku akan dapat tawaran sehebat
ini. Bagi aku, aku cukup bersyukur atas rezeki yang Allah bagi kat aku ini. Aku
dapat UTP pun sebab aku pergi Educamp UTP (26/04/2015). Kalau korang berminat
nak tahu apa itu Educamp dan pengalaman aku di UTP, korang boleh scroll down
blog ni. Aku dah cerita detail dah tentang Educamp UTP sebelum ini.
So, korang rasa aku
pilih yang mana?
Jeng,jeng,jeng..
In the end, aku
pilih UITM. Kenapa ? Pelik? Now I’ll tell you why.
MATRIKULASI
Kalau aku pilih
Matrikulasi Melaka, aku akan jimat setahun berbanding pelajar Diploma. Memang
bagus untuk student yang nak cepat habis study and terus kerja kahwin semua
bagai. Ada 4 orang kawan sebilik time aku form 5 dapat Matrikulasi Melaka
jugak. Memang untung dapat masuk matrikulasi. Dapat elaun lagi. AKAN TETAPI,
aku bimbang peluang untuk masuk jurusan yang aku minat pada peringkat Ijazah
nanti. Subjek matrikulasi tidak semudah yang disangka. Korang pulak akan jadi
sama seperti pelajar asrama. Sama sahaja. Jadual belajar pun hampir sama, cuma bilangan
pelajaran korang lebih sedikit dan berkali ganda lagi susah berbanding pelajar
SPM. Cuba korang berfikir sejenak. Kalau korang berminat untuk masuk chemical
engineering tapi skor CGPA kau 3.5. Korang kena compete lagi dengan budak Asasi
IPTA dan IPTS lagi yang memang hampir
confirm tempat kursus kat universiti bila diorang sambung ijazah nanti. Lagipun, budak asasi
terkenal dengan kepandaian diorang. Sebab tu diorang dapat asasi. That’s why a lot of student from Matriculation
gets ‘weird’ degree. Kadang-kadang tu ada sesetengah student lepasan matrikulasi dapat jurusan yang mereka langsung tak minat. So, siapa yang ambik
matrikulasi tu goodluck ye. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Seterusnya, kenapa
bukan UTP?
Semua menggesa aku untuk masuk UTP. Cakap utp bagus la, boleh menjamin pekerjaan la, student lebih praktikal la etc. Bila tanya mana universiti yang
sesuai, semua cakap UTP. Aku akui yang UTP memang merupakan worldwide well
known university tapi aku ada sebab aku sendiri kenapa aku tolak tawaran tersebut. Aku tak menyesal berusaha
untuk melepasi temuduga UTP. Aku berasa gembira sangat sebab aku dapat tawaran
kemasukan UTP tersebut. Malahan, aku rasa usaha aku berbaloi. At least, aku ada
usaha. Bila aku semak keputusan UTP, aku dapat tahu yang aku perlu membayar
yuran pendaftaran sebanyak 2.9k menerusi bank. Sebab utama kenapa aku
membatalkan niatku untuk menyambung pengajian tersebut adalah kerana tempoh
masa yang diberikan untuk membayar yuran tersebut adalah terlalu singkat. Aku
hanya diberi masa selama tiga hari untuk melunaskan wang tersebut. Sejak dahulu
lagi aku sangat teringinkan untuk belajar di UTP dan bekerja untuk syarikat
Petronas. Namun apabila melihat jumlah kos yuran pengajian daripada foundation
ke Ijazah yang hampir mencecah 100,000 , aku terdiam seketika. Terpikir pula
bagaimana nasib kedua ibu bapaku. Gaji mereka tidak sebanyak orang lain. Itupun, jumlah tersebut tidak termasuk yuran buku, aktiviti kokurikulum, makan dan lain-lain. Oleh
kerana itulah, aku menolak tawaran tersebut. Aku sama sekali tidak menyalahkan
kedua ibu bapaku. Mungkin mereka tak mampu. Aku paham. Sebab itu, aku berjanji
untuk belajar bersungguh-sungguh di UITM dan dapat kerja yang bagus sekaligus
mampu menampung hari tua mereka. Itu impian aku.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
Kenapa UITM?
Aku pilih UITM
walaupun tempoh pengajian (diploma) aku agak lama di sana. Mungkin korang rasa benda ini
macam bosan lama-lama. Tapi kalau ini jalan yang paling sesuai dan dapat mengurangkan
beban ibu bapa aku, aku yakin untuk memilih jalan ini. UITM bukan lah universiti yang lemah
dan tidak berkebolehan. Tanggapan negatif ini sama sekali tidak benar. UITM hanya memperuntukkan kos yang rendah kepada bangsa
Melayu walaupun jurusannya setanding universiti yang lain. Itu sahaja. Aku rasa
bersyukur sangat dapat belajar diploma di UITM Pasir Gudang, Johor. Walaupun universiti
tersebut agak jauh daripada rumah aku, aku anggap ia adalah sebagai langkah
awal untuk aku berdikari sebelum impian aku untuk melakukan degree atau master
di universiti luar negara. Dah la UITM
Pasir Gudang baru dibuka tahun lepas (2014) and semua benda baru sangat. Aku pun ada senior yang baik-baik tengah belajar kat sana. So, sebab-sebab ni la aku rasa UITM pilihan aku.
Harapan aku agar
aku dapat skor dalam jurusan ini dengan baik. Insyaallah. Doakan aku ye!
Inilah sedikit
sebanyak pengalaman aku dalam menentukan laluan belajar yang seterusnya.
Insyaallah nanti
aku update tentang Universiti tersebut. Aku berharap entry kali ini mampu
membuka minda para pembaca sekalian. Sekian terima kasih kerana meluangkan masa
untuk membaca.
Bukan universiti yang menentukan dan menjamin kerjaya pada masa hadapan seseorang itu melainkan Allah yang menetapkannya.
Alhamdulillah :)
Assalamualaikum.
untung awk tolak offer utp..sy plak yg terkontang kanting cri scholarship skrg ni.. smoga urusan awk d permudahkan Allah..
ReplyDeleteMasya Allah saya pun ada perasaan sama, saya dapat UTP foundation, tp bila tnya harga kwn ckp 17k, 6k per sem. So saya tak kisah pasal saya, tapi saya fikir mak dan ayah saya nanti macam mana lah mereka nk bayar duit tu, kerje gaji pun bkn sampai 5k, bayangkan lah mcm mana lah nk bayar, scholarship pun tak terjamin
ReplyDeleteSaya apply petronas scholarship dan saya menunghu keputusan petronas sama ada dapat ke tak sebab saya dah p intrviu baru2 ni...kptusan akn diumumkan hjg mei ni..tapi saya dah dapt utp intake july..saya keliru nak msuk matriks dulu ke nk tggu je petronas..
ReplyDeleteSemua keputusan adalah bergantung kepada setiap individu . Tidak menjadi kesalahan jika masuk matriks dahulu sebelum apply jadi student petronas. Doa banyak kepada Tuhan agar mudah diberi petunjuk :)
DeleteUtp student here,well first of all,utp mmg absolute the best interm of education system,practicality,bhan belajar,culture,student mentality and etc...kalau kau masuk and mmg btul2 nk belaja and improve diri and bukan nk buat lemak kt situ,then pilih utp..if korg rase ade tendency nk enjoy banyak tnpa rase brsalah..then pilih uni lain...
ReplyDeleteOuh , awak rasa ada peluang tak bagi saya melanjutkan pelajaran kat utp sekiranya gaji ibu bapa pun bawah 2k.. Kalau boleh saya nak email awak bagi meminta pendapat. #Hailanonymous
DeleteDo you able to obtain a scholarship or self sponsored ?
DeleteSy ex utp dn sy rs utp sgt membebankn dr segi yuran.Klo tak dpt full sponsorship better lg universiti awam.Bg sy university awam pun tak kurang hebatnye.Yg penting kita berusaha bersungguh2.
ReplyDeleteSaya pilih Uitm dalam kos pure mechanical.. Okay tak?? sebb confuse nak pilih UTM or Uitm.. Tapi first choice untuk upu letak Uitm.. Tapi tiba2 rasa nak masuk UTM pulak.. Ingat nak buat rayuan but still confuse.. Help me
ReplyDeleteSaya dulu, buat Diploma ITM, kursus perbankan. Lepas graduate, saya kerja 2 tahun dan sambung Ijazah. Saya memilih buat Diploma. Sebab, kalau Ijazah tu separuh jalan jer (gagal tamat), saya ada diploma. Saya tak pilih matriks atau pra diploma sebab kalau tak lepas kurang bernilai sijil pra diploma atau sijil matriks. Asalnya saya nak buat SPTM jer, aliran sains tulin, duduk sekolah berasrama. Sebab murah. Silap saya sebab jadi ketua tingkatan masa di tingkatan enam rendah. Saya terpaksa keluar tingkatan 6 bawah tu sebab stress tanggung jawab ketua tingkatan 6. Masa tu, saya tak bersedia asyik kena kacau.
ReplyDeleteThank You and I have a dandy provide: Where To Learn Home Renovation best home renovation companies near me
ReplyDelete